Al-Qiraat Adalah Kata Himpun (Jamak) Dari Perkataan Qiraah.
Al-Qiraat
-
- Dari Segi Bahasa Bererti bacaan-bacaan,
- Dari Segi Istilah Ialah Satu Ilmu Untuk Mengetahui Cara Membaca Kalimah-Kalimah Al-Quran Sama Ada bacaan Tebal Atau Nipis,Panjang Atau Pendek Sehinggalah kepada Perbezaan Sebutan Huruf Pada lafaz-lafaz Al-Quran Itu Sendiri.
Sebagaimana Al-Quran,Begitu Juga Dengan Al Qiraat. Ia Diturunkan Dengan Lafaz Dan Nasnya. Ia Diturunkan Oleh Allah S.W.T ke Atas Rasulullah S.A.W Dan Disampaikan Kepada Kita Beserta Dengan Cara-Cara Membacanya Bertepatan Dengan Apa yang Diajarkan oleh Malaikat Jibril A.S. Perbezaan bacaan menurut Rawi-Rawi Adalah Bersandarkan Kepada Sanad Yang Sahih Yang Sampai Kepada Rasulullah S.A.W.
HUBUNGAN AL-QURAN DENGAN AL-QIRAAT |
- Menurut Pendapat Imam badruddin Az-Zarkasyi Di Dalam kitab Al-Burhan,Al-Quran Dan Al-Qiraat Adalah Dua Hakikat Yang Berbeza. Al-Quran Adalah Wahyu Yang Diturunkan Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W Yang Menjadi Mukjizat Penerangan,Sedangkan Al Qiraat Pula Adalah Perbezaan Dari Segi Lafaz Sebutan Wahyu Dan Bagaimana Cara Membaca. Ia Mestilah Diambil Secara Talaqi Dan Musyafahah. Pendapat ini Disokong Oleh Sesetengah Ulamak Seperti Al Qastilaani Dan Syeikh Ahmad Bin Muhammad Ad Dimyaati.
- Menurut Pendapat Doktor Muhammad Salim Muhaisin Pula, Al-Quran Dan Al Qiraat Itu Adalah Dua Hakikat Yang Satu. Ini Berdasarkan Kepada Pengertian Al Quran Dan Qiraat Yang Sama Dari Ambilan Masdar - (Qiraah).
Supaya Dapat Mengembangkan ilmu Qiraat Kepada Masyarakat Umum Agar Masyarakat Tidak Akan Keliru Atau Timbul Perselisihan Faham Antara Satu Sama Lain Mengenai Pembacaan Al-Quran. Terutamanya Kepada Para huffaz Di Malaysia
Dengan Membina Blog Ini Dapat Memberi Sumber Rujukan Kepada Kami,Terutamanya Apabila Menjelang Peperiksaan Semester, Ini Kerana Kami Masih Baru Masih Banyak Yang Perlu Dipelajari Seadanya,Blog Ini Bakal Membantu Kami Untuk Mengingati Apa Yang Telah Di Pelajari Dan Seterusnya Beramal Dengannya... InsyaAllah.
Ilmu Qiraat Juga Menyeronokkan,Oleh Itu Kami Ingin Berkongsi Keistimewaan Ini Dengan Masyarakat Umum.Jika Ada Yang Ingin Membantu,Kami Sangat Mengalukan. Sekian Wassalam... Wallahualam...
Copyright © 2007 TahfizQiraat. By Admin.