Muqaddimah Muqaddimah II Isti'azah Basmallah Ummul Quran Idgham Hak Kinayah Mad Wal Qasr 2 Hamzah Dalam 1 Kalimah 2 Hamzah Dalam 2 Kalimah Hamzah Mufrod Memindahkan Harakah Hamzah Kepada Sukun Waqaf Hamzah Pada Hamzah & Hisyam (Zal) Pada Kalimah (IZ) (DAL) Pada Kalimah (QAD) Ta' Ta'nis Huruf Yang Hampir Pada Makhrajnya Hukum Nun Sakinah Fathah, Imalah Dan Taqlil Qurra Pada Raat Lam Mat
Ahlan Wasahlan... Selamat Datang Ke Blog TahfizQiraat Semester 1 Tahun 1 2007/2008....
Dengan Nama Allah
Pengenalan Dan Takrif
Calendar Dan Masa




Malaysia

Panduan Hadis
Blog Muslimin


    ::: :: lect_tqq_KUIN
    ::: :: Al-Huffaz
    ::: :: Al Hifzul Quran
    ::: :: Al Mujahidin
    ::: :: As-SyathibiyyaH
    ::: :: As-SyathibiyyaH II
    ::: :: Asrar
    ::: :: Halawatul Iman
    ::: :: Huffaz Team
    ::: :: IzatGroup
    ::: :: IzatGroup II
    ::: :: IbnuAmir
    ::: :: UlyaNuralQuran



Chattbox GrapesNasyid

Radio
Saturday, September 1, 2007


2 HAMZAH DALAM DUA KALIMAH



* Abu Amru menggugurkan hamzah pertama dari dua hamzah qata’ yang berdekatan pada kalimah kedua yang bersambung dengan syarat kedua-duanya sama baris
Ø Fathah جاء أمرنا
Ø Kasrah هؤلاء ءان
Ø Dhommah أولياء أولئك

* Huruf mad yang sebelum hamzah pertamadua wajah :
i) qosor 2 harakat
ii) pertengahan 4 harakat

v Qalun dan Bazzi bersepakat menggugurkan hamzah pertama ketika kedua-duanya fathah جاء أحدكم
v Alif sebelumnya dibaca dengan dua wajah :
i) Qosor 2 harakat
ii) Pertengahan 4 harakat

Bagi Qalun dan Bazzi pada selain alif terbahagi kepada 2 :
i) ketika kedua-duanya kasrah hamzah pertama ditashilkan diantara hamzah dan ya’ (هؤلاء ءان)
ii) ketika keua-duanya dhommah hamzah pertama ditashilkan diantara hamzah dan wau(أولياء أولئك)

Setengah ahli qura’ selain Qalun dan Bazzi mengibdalkan hamzah pertama kepada wau kemudian mengidghamkn wau pertama yang sebelumnya pada lafaz(بالسوء ءالا ما رحم) menjadi(بالسّوّ ءالا)

- Setengah yang lain mentashilkan hamzah pertama diantara wau seperti asal kaedah Qalun dan Bazzi pada hamzah yang kedua-duanya kasrah ءالا kepada :
i) Qosor 2 harakat
ii) Pertengahan 4 harakat

Tidak khilaf dalam meringankan lafaz(بالسؤ ءالا ما رحم ءالى) tersebut bagi Qalun dan Bazzi dengan menutup dan mengunci bahkan tersebar dengan membuka dalam buku qiraat.

* Warsh dan Qunbul pada hamzah kedua ketika kedua-duanya bersepakat baris dalam dua kalimah kepada tiga jenis dengan dua wajah :
i) tahqiq hamzah pertama tashil hamzah kedua
- fathah diantara hamzah dan alif
- kasrah diantara hamzah dan ya’
- dhommah diantara hamzah dan wau

ii) tahqiq hamzah pertama ibdal hamzah kedua huruf mad yang sesuai daripada jenis baris sebelumnya
- fathah kedua-dua ibdal kepada alif
- kasrah kedua-dua ibdal kepada ya’
- dhommah kedua-dua ibdal kepada wau

* apabila ketika selepas hamzah kedua huruf sukun maka selepas mengibdalkan huruf mad dimadkan dengan kadar 6 harakat(جاء أمرنا)
* apabila selepasnya huruf berbaris maka dimadkan huruf mad ibdal daripada hamzah kedua dengan kadar 2 harakat sahaja(جاء أحدكم الموت) .
Wajah ketiga bagi Warsh ada dua hamzah dalam kalimah pada kalimah (هؤلاء ءان كنتم) dalam surah al-baqarh dan pada kalimah(على البغاء ءان أردن) dalam surah an-nur mengibdalkan Warsh ketika kasrah dengan ya’
Diringkaskan bagi Warsh pada(هؤلاء ءان) kepada tiga wajah
i) tashil hamzah kedua baina baina
ii) ibdal hamzah huruf mad dimadkan dengankadar 6 harakat
iii) mengibdalkan hamzah kepada ya’ kasrah

Pada lafaz (على البغاء ءان أرردن) empat wajah :
- tiga wajah pertama seperti pada lafaz(هؤلاء ءان)
iv) ibdal kedua huruf mad dimadkan dengan kadar 2 harakat

Bagi Warsh pada kalimah(للنبي ءان أراد) dalam surah al-ahzab terbahagi kepada tiga wajah :
i) tahqiq hamzah pertama dan mentashilkan yang kedua baina baina
ii) tahqiq hamzah pertama dan mengibdalkan yang kedua kepada ya’yang mudah dimadkan dengan kadar 6 harakat
iii) tahqiq hamzah pertama dan mengibdalkan yang kedua kepada ya’

Adapun pada kalimah(من النساء ءان اتقيتن) bagi Warsh dan Qunbul tiga wajah yang disebut pada(للنبى ءان أراد) kecuali yang dkata pada wajah ketiga ya’ dimadkan dengan kadar 2 harakat menjadikan nun berbaris dengan kasrah diringkaskan daripada bertemu dua sukun.
posted by tahfizqiraat_04 @ 10:54 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Takrif Qiraat
Pengertian Qiraat
Al-Qiraat Adalah Kata Himpun (Jamak) Dari Perkataan Qiraah.
Al-Qiraat -
- Dari Segi Bahasa Bererti bacaan-bacaan,
- Dari Segi Istilah Ialah Satu Ilmu Untuk Mengetahui Cara Membaca Kalimah-Kalimah Al-Quran Sama Ada bacaan Tebal Atau Nipis,Panjang Atau Pendek Sehinggalah kepada Perbezaan Sebutan Huruf Pada lafaz-lafaz Al-Quran Itu Sendiri.

Sebagaimana Al-Quran,Begitu Juga Dengan Al Qiraat. Ia Diturunkan Dengan Lafaz Dan Nasnya. Ia Diturunkan Oleh Allah S.W.T ke Atas Rasulullah S.A.W Dan Disampaikan Kepada Kita Beserta Dengan Cara-Cara Membacanya Bertepatan Dengan Apa yang Diajarkan oleh Malaikat Jibril A.S. Perbezaan bacaan menurut Rawi-Rawi Adalah Bersandarkan Kepada Sanad Yang Sahih Yang Sampai Kepada Rasulullah S.A.W.

HUBUNGAN AL-QURAN DENGAN AL-QIRAAT


- Menurut Pendapat Imam badruddin Az-Zarkasyi Di Dalam kitab Al-Burhan,Al-Quran Dan Al-Qiraat Adalah Dua Hakikat Yang Berbeza. Al-Quran Adalah Wahyu Yang Diturunkan Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W Yang Menjadi Mukjizat Penerangan,Sedangkan Al Qiraat Pula Adalah Perbezaan Dari Segi Lafaz Sebutan Wahyu Dan Bagaimana Cara Membaca. Ia Mestilah Diambil Secara Talaqi Dan Musyafahah. Pendapat ini Disokong Oleh Sesetengah Ulamak Seperti Al Qastilaani Dan Syeikh Ahmad Bin Muhammad Ad Dimyaati.

- Menurut Pendapat Doktor Muhammad Salim Muhaisin Pula, Al-Quran Dan Al Qiraat Itu Adalah Dua Hakikat Yang Satu. Ini Berdasarkan Kepada Pengertian Al Quran Dan Qiraat Yang Sama Dari Ambilan Masdar - (Qiraah).
TUJUAN :

Supaya Dapat Mengembangkan ilmu Qiraat Kepada Masyarakat Umum Agar Masyarakat Tidak Akan Keliru Atau Timbul Perselisihan Faham Antara Satu Sama Lain Mengenai Pembacaan Al-Quran. Terutamanya Kepada Para huffaz Di Malaysia
FAEDAH
Dengan Membina Blog Ini Dapat Memberi Sumber Rujukan Kepada Kami,Terutamanya Apabila Menjelang Peperiksaan Semester, Ini Kerana Kami Masih Baru Masih Banyak Yang Perlu Dipelajari Seadanya,Blog Ini Bakal Membantu Kami Untuk Mengingati Apa Yang Telah Di Pelajari Dan Seterusnya Beramal Dengannya... InsyaAllah.

Ilmu Qiraat Juga Menyeronokkan,Oleh Itu Kami Ingin Berkongsi Keistimewaan Ini Dengan Masyarakat Umum.Jika Ada Yang Ingin Membantu,Kami Sangat Mengalukan. Sekian Wassalam... Wallahualam...





Copyright © 2007 TahfizQiraat. By Admin.
Coretan
Download Nasyid

Inteam Reunited

   Inteam - Allahu Rabbi
   Inteam - Hamzah Asadullah
   Inteam - Hanya Takdir (UntukPalestin)
   Inteam - Dia Muhammad
   Inteam - Kepastian
   Inteam - Kemuliaan Al-quran
   Inteam - Asy Syafie ft. Ust. Tahassan
   Inteam - Redha
   Inteam - Asma' Allah
   Inteam - Kasih Sayang (Ft Ustaz Asri Rabbani)


( Please Right Click And Choose " Save Target As " to Download Song And If Can't Just Click To The Title Song And You Can Download From There )


Anyone Who Would Like To Make A Request Nasyid Songs Please Email To This Address
     syahhumaira@yahoo.com.my
InsyaAllah We Will Help If That Songs You Want Inside Our Collection

Streaming Nasyid
Inteam Ft Ustaz Asri - Kasih Sayang

Nadamurni - Bila Nur Melimpah Di Hati
[  Home ] [ GrapesNasyid ] [ Download Nasyid ] [ Lect_TQQ_KUIN ]
Copyright © 2007 TahfizQiraat. All rights reserved.