Muqaddimah Muqaddimah II Isti'azah Basmallah Ummul Quran Idgham Hak Kinayah Mad Wal Qasr 2 Hamzah Dalam 1 Kalimah 2 Hamzah Dalam 2 Kalimah Hamzah Mufrod Memindahkan Harakah Hamzah Kepada Sukun Waqaf Hamzah Pada Hamzah & Hisyam (Zal) Pada Kalimah (IZ) (DAL) Pada Kalimah (QAD) Ta' Ta'nis Huruf Yang Hampir Pada Makhrajnya Hukum Nun Sakinah Fathah, Imalah Dan Taqlil Qurra Pada Raat Lam Mat
Ahlan Wasahlan... Selamat Datang Ke Blog TahfizQiraat Semester 1 Tahun 1 2007/2008....
Dengan Nama Allah
Pengenalan Dan Takrif
Calendar Dan Masa




Malaysia

Panduan Hadis
Blog Muslimin


    ::: :: lect_tqq_KUIN
    ::: :: Al-Huffaz
    ::: :: Al Hifzul Quran
    ::: :: Al Mujahidin
    ::: :: As-SyathibiyyaH
    ::: :: As-SyathibiyyaH II
    ::: :: Asrar
    ::: :: Halawatul Iman
    ::: :: Huffaz Team
    ::: :: IzatGroup
    ::: :: IzatGroup II
    ::: :: IbnuAmir
    ::: :: UlyaNuralQuran



Chattbox GrapesNasyid

Radio
Friday, July 20, 2007


IDGHAM




1) Makna Idhgam (ادغام) Pada Bahasa : Memasukkan Sesuatu
Ke Dalam Sesuatu.
Pada Istilah : Memasukkan Huruf Yang Sukun Ke Dalam
Yang berbaris Seolah-olah Menjadi Satu Huruf Yang
Bertasydid.


2) Apabila Nun Sakinah Atau Tanwin bertemu Dengan
Salah Satu Huruf Idgham Maka Wajib Diidghamkan.
Huruf Idgham Ada Enam Iaitu :
Ra', Lam, Mim, Wau Dan Ya' Yang Terhimpun Dalam
kalimah يرملون . Kata Syeikh Sulaiman Al Jamzuri


في يرملون عندهم قد ثبتت والثان ادغام بستة اتت



"Dan yang Keduanya Idgham Pada Enam Huruf
Yang Terdapat Pada Kalimah يرملون Maka
telah Tetaplah Ia Di Sisi Mereka"



3) Idhgam Ada 2 Bahagian : Bila Ghunnah Dan
Bi Ghunnah ;

(1) Idgham Bila Ghunnah (ادغام بلا غن) Iaitu
Idgham Tanpa Dengung.Hurufnya Ada Dua Saja
Iaitu Ra' Dan Lam Yang Terhimpun Dalam
Kalimah ر ل


(2) Idgham Bi Ghunnah (ادغام بغنة) Iaitu
Idhgam Dengan Dengung.hurufnya Ada 4
Iaitu Mim, Nun, Wau, Dan Ya'
Yang Terhimpun Dalam Kalimah يومن .


4) Sebab-Sebab Idgham ;

(1) Nun Sakinah Atau tanwin Dengan Nun Adalah
Dua Huruf Mithlan (Mutamathilan).

(2) Nun Sakinah Atau Tanwin Dengan Mim Adalah
Dua Huruf yang bersekutu Pada Segala Sifatnya.

(3) Nun Sakinah Atau tanwin Dengan Lam, Ra' ,Wau
Dan Ya' Adalah Dua Huruf Mutaqariban.








IDGHAM KHABIR

Idgham Pada Bahasa Ialah Memasukkan.
Manakala Pada Istilah:
Iaitulah Menyebut 2 Huruf Dengan Satu Huruf
Yang Bertanda Tasydid.

BAHAGIAN IDGHAM:


Idgham Terbahagi Kepada 2:

1.Idgham Khabir
2.Idgham Shoghir

1) Idgham Khabir Ialah Apabila 2 Huruf
Yang Sama, Berbaris Dan di Dalam Satu
Kalimah.

2) Idgham Shoghir Ialah Huruf Yang Pertama
Berbaris Sukun & Huruf Yang Kedua Berbaris.

Idgham Mutlak Iaitu Idgham Yang Tidak Terdapat
Idgham Khabir Atau Idgham Soghir.

Sebab-Sebab Idgham Ada 3:

1.Sama المتماثلين
2.Sejenis المتجانسين
3.Dekat المتقاربان


+ Idgham Khabir Dibaca Oleh Imam Abu 'Amru Iaitu
Susi. Manakala Ahli Qura' Yang Lain MembAca
Sebagaimana Biasa Yang Tertulis Didalam Al-Quran.

(2) Apabila Berjumpa 2 Huruf Yang Sama & Berbaris
Pada Satu Kalimah Maka Susi Tidak Akan
Mengidghamkannya Kecuali Pada 2 Bhagian Ini:

1.Kalimah فإذا قضيتم مناسككم - سورة البقرة

2.Kalimah ما سلككم فى سغر – سورة المدثر

Susi Tidak Idgham Pada Hukum Mutamasilain al-Khabir
Yang Berada Didalam Satu Kalimah Selepas Daripada
2 Kalimah YAmg Disebutkan Di Atas.


Contonhnya: بشرككم / فى وجوههم



Semua Ahli Qura' Membaca Membaca Kalimah Diatas Dengan
Zahir Bukannya Idgham.


(3) Apabila Terletak Atau Berjumpa Dengan 2 Huruf
Yang Kedua-Duanya Berbaris Didalam 2 Kalimah,
Susi Mengidham Huruf Yang Pertama ke Dalam Huruf
Yang Kedua

فيه هدى
العفو وأمر بالعرف
و يستحيون نساء كم



PERHATIAN:

Apabila Berkait Huruf Yang Pertama Dengan Huruf
Yang Kedua (mutamasilain/التماثلين) ;
Harus Bagi Susi Mengidghamkan Kalimah Ini Dengan
3 Cara:

1- 2 Harakat القصر
2- 4 Harakat التوسط
3- 6 Harakat المشبع
posted by tahfizqiraat_04 @ 12:42 AM  
1 Comments:
  • At May 31, 2010 at 1:03 AM, Blogger Unknown said…

    boleh di highlight putih daripada warna merah bagi ayat2 quran supaya mudah di baca.
    sungguh saya harapkan perubahan ini kerana bagus dan mudahan Allah memberi rahmat dgn perjuangan anda.

     
Post a Comment
<< Home
 
Takrif Qiraat
Pengertian Qiraat
Al-Qiraat Adalah Kata Himpun (Jamak) Dari Perkataan Qiraah.
Al-Qiraat -
- Dari Segi Bahasa Bererti bacaan-bacaan,
- Dari Segi Istilah Ialah Satu Ilmu Untuk Mengetahui Cara Membaca Kalimah-Kalimah Al-Quran Sama Ada bacaan Tebal Atau Nipis,Panjang Atau Pendek Sehinggalah kepada Perbezaan Sebutan Huruf Pada lafaz-lafaz Al-Quran Itu Sendiri.

Sebagaimana Al-Quran,Begitu Juga Dengan Al Qiraat. Ia Diturunkan Dengan Lafaz Dan Nasnya. Ia Diturunkan Oleh Allah S.W.T ke Atas Rasulullah S.A.W Dan Disampaikan Kepada Kita Beserta Dengan Cara-Cara Membacanya Bertepatan Dengan Apa yang Diajarkan oleh Malaikat Jibril A.S. Perbezaan bacaan menurut Rawi-Rawi Adalah Bersandarkan Kepada Sanad Yang Sahih Yang Sampai Kepada Rasulullah S.A.W.

HUBUNGAN AL-QURAN DENGAN AL-QIRAAT


- Menurut Pendapat Imam badruddin Az-Zarkasyi Di Dalam kitab Al-Burhan,Al-Quran Dan Al-Qiraat Adalah Dua Hakikat Yang Berbeza. Al-Quran Adalah Wahyu Yang Diturunkan Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W Yang Menjadi Mukjizat Penerangan,Sedangkan Al Qiraat Pula Adalah Perbezaan Dari Segi Lafaz Sebutan Wahyu Dan Bagaimana Cara Membaca. Ia Mestilah Diambil Secara Talaqi Dan Musyafahah. Pendapat ini Disokong Oleh Sesetengah Ulamak Seperti Al Qastilaani Dan Syeikh Ahmad Bin Muhammad Ad Dimyaati.

- Menurut Pendapat Doktor Muhammad Salim Muhaisin Pula, Al-Quran Dan Al Qiraat Itu Adalah Dua Hakikat Yang Satu. Ini Berdasarkan Kepada Pengertian Al Quran Dan Qiraat Yang Sama Dari Ambilan Masdar - (Qiraah).
TUJUAN :

Supaya Dapat Mengembangkan ilmu Qiraat Kepada Masyarakat Umum Agar Masyarakat Tidak Akan Keliru Atau Timbul Perselisihan Faham Antara Satu Sama Lain Mengenai Pembacaan Al-Quran. Terutamanya Kepada Para huffaz Di Malaysia
FAEDAH
Dengan Membina Blog Ini Dapat Memberi Sumber Rujukan Kepada Kami,Terutamanya Apabila Menjelang Peperiksaan Semester, Ini Kerana Kami Masih Baru Masih Banyak Yang Perlu Dipelajari Seadanya,Blog Ini Bakal Membantu Kami Untuk Mengingati Apa Yang Telah Di Pelajari Dan Seterusnya Beramal Dengannya... InsyaAllah.

Ilmu Qiraat Juga Menyeronokkan,Oleh Itu Kami Ingin Berkongsi Keistimewaan Ini Dengan Masyarakat Umum.Jika Ada Yang Ingin Membantu,Kami Sangat Mengalukan. Sekian Wassalam... Wallahualam...





Copyright © 2007 TahfizQiraat. By Admin.
Coretan
Download Nasyid

Inteam Reunited

   Inteam - Allahu Rabbi
   Inteam - Hamzah Asadullah
   Inteam - Hanya Takdir (UntukPalestin)
   Inteam - Dia Muhammad
   Inteam - Kepastian
   Inteam - Kemuliaan Al-quran
   Inteam - Asy Syafie ft. Ust. Tahassan
   Inteam - Redha
   Inteam - Asma' Allah
   Inteam - Kasih Sayang (Ft Ustaz Asri Rabbani)


( Please Right Click And Choose " Save Target As " to Download Song And If Can't Just Click To The Title Song And You Can Download From There )


Anyone Who Would Like To Make A Request Nasyid Songs Please Email To This Address
     syahhumaira@yahoo.com.my
InsyaAllah We Will Help If That Songs You Want Inside Our Collection

Streaming Nasyid
Inteam Ft Ustaz Asri - Kasih Sayang

Nadamurni - Bila Nur Melimpah Di Hati
[  Home ] [ GrapesNasyid ] [ Download Nasyid ] [ Lect_TQQ_KUIN ]
Copyright © 2007 TahfizQiraat. All rights reserved.